Ustaz Don terima dengan hati terbuka, dipanggil JAKIM beri penjelasan

LocalPolitics
6 Jun 2024 • 10:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, Ustaz Don terima dengan hati terbuka berhubung dirinya direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ustaz Don terima dengan hati terbuka

Pengurusnya dikenali Ana berkata, pendakwah itu mengambil maklum dan akan patuh dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Setakat hari ini, kami berlapang dada dengan keputusan dan arahan RTM. Ustaz Don selalu pesan, arahan Ulil Amri selagi tidak bercanggah mesti dipatuhi.
“Perkara ini Ustaz Don selalu tekankan dalam mana-mana keadaan,”katanya.

image is not available

Ana berkata, biarpun Ustaz Don berdepan kontroversi, namun, beliau bersyukur kerana kerja dakwahnya tidak dihalang.

“Alhamdulillah, kami masih boleh meneruskan dakwah… Itu perkara yang baik,” katanya lagi.

image is not available

Semalam, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid,40, direhatkan daripada mengendalikan Salam Baitullah terbitan RTM.

Keputusan itu dibuat bagi meredakan kekecohan dalam laman sembang apa yang dilihat sebagai pertikaian berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang didakwa diceritakan pendakwah terbabit.

Dipanggil JAKIM beri penjelasan

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil Ustaz Don bagi mendapatkan perincian berhubung kontroversi membabitkan penceramah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pertemuan itu tidak perlu diadakan secara serius.

Sebaliknya berkonsepkan santai bagi merungkai permasalahan berkenaan.

image is not available

Dalam pada itu, beliau turut menasihati agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan ceramah termasuk menyemak kesahihan sesebuah hadis.

Di samping itu, umat Islam perlu ada sifat tawaduk dan rendah diri untuk menerima dan mengaku jika melakukan kesilapan tidak kira sebesar mana kesilapan dilakukan.

Sumber: BH Online ( Farihad Shalla Mahmud), (Samadi Ahmad)