Ustazah Asma tegur influencer muslimah rapatkan wajah di skrin beri nasihat

23 Jun 2024 • 11:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pendakwah bebas, Ustazah Asma tegur influencer muslimah yang membuat konten dakwah dengan merapatkan wajah ke skrin bagi memberi nasihat sehingga tular di media sosial.

Beri nasihat dengan cara yang kurang sesuai

Menerusi posting yang di buat Ustazah Asma’ Harun di Facebook, beliau akui terkejut apabila ada wanita muslimah menyampaikan kata-kata nasihat mengikut cara yang kurang sesuai.

“Astaghfirullah.. memang dah baca sana sini komentar berkaitan ada ‘influencer’ WANITA MUSLIMAH yang menyampaikan dengan cara NON MUSLIMAH, wanita non muslim pun lebih sopan dan beretika,” tulisnya.

image is not available

Ustazah Asma tegur influencer muslimah, konten dijadikan ‘bahan’ perbuatan jijik

Jelas pendakwah itu lagi, konten sebegitu telah mengundang pelbagai kesan negatif apabila menjadi ‘bahan’ kepada perbuatan jijik sesetengah pihak yang jelas-jelas termasuk dalam kategori soft porn.

Tambahnya, sebagai seorang wanita muslim, sangat tidak wajar apabila sengaja bersuara dengan lembut dan manja lebih-lebih lagi dengan gaya menggoda serta mendekatkan wajah ke skrin.

Cara tersebut dengan jelas adalah dilarang dan mendatangkan dosa kerana hukumnya adalah haram.

image is not available

Ustazah Asma tegur influencer muslimah, konten suara lembut manja boleh datangkan fitnah

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyertakan sekali potongan ayat dalam Surah al-Anzab ayat 32 dengan membawa maksud berkenaan larangan tersebut.

“Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”, (Surah al-Ahzab: 32).

Ramai setuju dengan pandangan Ustazah Asma’

Susulan daripada kerkongsian tersebut, ramai yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan pendakwah terbabit kerana kerap melihat video influencer wanita berkenaan tular di media sosial dan dijadikan bahan gurauan termasuklah golongan lelaki.

Ada juga diantara mereka mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma’ kerana memberikan peringatan perihal larangan tersebut kerana ramai muslimah yang terlepas pandang tentang hal itu.

image is not available

Sanggup buat macam tu untuk views

image is not available

Malu tengok ada lelaki respon

image is not available

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun