Ustazah Oki mengaku tak pandai goreng telur dadar, ini reaksi warga maya!

EntertainmentFood
14 Jul 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BAGI peminat filem Ketika Cinta Bertasbih pasti mengenali sosok tubuh, Ustazah Oki Setiana Dewi yang memegang watak sebagai Anna Althafunnisa.

image is not availableMendirikan rumah tangga dengan Ory Vitrio pada tahun 2013, pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata. Tidak sekadar popular di Indonesia, Ustazah Oki turut dikenali di Malaysia.

image is not availableKakak kepada selebriti terkenal Ria Ricis itu juga cukup dikagumi ramai terutama caranya memberikan ceramah dengan penuh sopan santun.

Terbaharu, nama beliau menjadi sebutan warga maya berikutan tidak pandai menggoreng telur dadar.

image is not availableimage is not availableRupa-rupanya Ustazah Oki memang tidak pandai memasak! Hal tersebut terbongkar usai adiknya, Ria berkunjung ke rumah kakaknya itu untuk rakaman video memasak di dapur.

Ketika ditanya mengenai berapa banyak garam yang digunakan untuk memasak telur dadar, Ria terkejut kerana kakaknya itu menjawab: “1 senduk garam”.

image is not availableMendengar jawapan yang diberikan itu salah, Ria sempat bergurau kononnya makanan berkenaan akan terlebih masin apabila dimasak kelak.

Bukan sahaja salah sukatan garam, bahkan Ustazah Oki juga gagal meneka jenis-jenis herba, antaranya kunyit dikatakan lengkuas. Rata-rata warga maya membuat telahan yang Ustazah Oki seolah-olah jarang masuk ke dapur.

image is not availableBagaimanapun, pelakon dan juga pendakwah itu jujur mengakui dirinya tidak mahir memasak dan ‘kekurangan’ tersebut sudah diketahui suaminya sebelum mereka bernikah lagi.

image is not availableEkoran itu, timbul pelbagai komen daripada netizen yang mempertikai kekurangan tersebut. Tak kurang juga yang menyifatkan ia (kekurangan) bukanlah sesuatu hal yang teruk.

Hmmm…betul juga, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Tak semua perfect kan?

Sumber: Tiktok _halohaa & Ricis Official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan