Usul Undi Percaya Akan Dibuat Pada Sidang Pertama Parlimen Kerajaan Perpaduan – Anwar

Politics
24 Nov 2022 • 10:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengusulkan satu undi percaya diadakan dalam sidang Parlimen Pertama yang dijadualkan bermula 19 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya sebentar tadi selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Menurutnya ini adalah untuk memastikan tiada keresahan rakyat Malaysia mengenai keabsahan kerajaan yang ada.

”Usul pertama selain daripada mengangkat sumpah adalah usul daripada kerajaan iaitu undi percaya di Parlimen,”

Perkara ini timbul susulan kenyataan beberapa pemimpin politik sebelum ini yang didakwa mempertikai keabsahan dan jumlah kerusi yang dimiliki kerajaan perpaduan.

Malah kerajaan perpaduan juga disaran untuk mengujui kekuatan gabungan itu dengan mengadakan undi percaya di Parlimen.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa kerajaan yang dibentuk adalah Kerajaan Perpaduan Nasional, yang terdiri daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai parti komponen besar.

Menurut Bernama, Perdana Menteri Ke-10 itu juga mempelawa Perikatan Nasional (PN) dan parti lain untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Astro Awani