Utamakan 40 peratus untuk Sabah

19 Jul 2024 • 4:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan menggesa kerajaan Madani supaya mengutamakan pelaksanaan 40 peratus peruntukan hasil bersih untuk Sabah, lebih-lebih lagi kini Kerajaan Negeri menyediakan data yang diperlukan.

“Memastikan Sabah menerima bahagian pendapatannya yang sah bukan semata-mata isu kewangan tetapi soal keadilan dan kesaksamaan.

“Langkah konkrit mesti diambil untuk memenuhi komitmen ini dan memastikan semua aspek MA63 dilaksanakan sepenuhnya tepat pada masanya dan secara telus,” kata Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) itu, dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata tempoh masa 12 bulan yang dicadangkan, dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal, bagi memuktamadkan pelaksanaan formula peruntukan hasil bersih 40 peratus untuk Sabah, berakhir pada Khamis.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Bagaimanapun, tiada perkembangan atau pengumuman berhubung isu kritikal ini. Kekurangan tindakan ini jelas menunjukkan kurangnya kesungguhan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata peruntukan hasil bersih 40 peratus adalah penting untuk memastikan Sabah menerima bahagian yang saksama daripada hasil yang dijana di negeri itu, bagi menyokong pembangunan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

“Selama beberapa dekad, rakyat Sabah telah menunggu pelaksanaan penuh perjanjian ini, yang penting untuk pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran keseluruhan negeri,” katanya.

Beliau berkata kegagalan berterusan untuk menghormati hak hasil 40 peratus mengekalkan jurang ekonomi dan menyumbang kepada kekurangan pembangunan dan kemiskinan Sabah.

Beliau berkata rakyat Sabah berhak mendapat yang lebih baik, dan sudah tiba masanya untuk Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmennya untuk membetulkan isu yang sudah lama berlarutan ini.

“Rakyat Sabah sudah cukup lama menunggu. Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan bertindak dengan segera dan ikhlas.

“Kejayaan pelaksanaan MA63, termasuk peruntukan hasil bersih 40 peratus, akan memberi manfaat kepada Sabah dan mengukuhkan kesatuan dan perpaduan negara kita secara keseluruhannya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.