‘Utamakan pemulihan 35% nisbah kerusi di Parlimen’

Politics
14 Sep 2022 • 1:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pemimpin belia dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu cadangan pemulihan 35 peratus nisbah kerusi Parlimen Malaysia Timur diutamakan kerana ia melibatkan kepentingan negara.

Naib Ketua Armada Bersatu Sabah Rafie Robert berkata, walaupun ia terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat keputusan, perkara itu amat penting kerana ia merupakan satu lagi pemulihan mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita mesti mendorong perkara ini dan mewujudkannya demi kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak. Semangat asal persekutuan perlu dihormati,” katanya.