UTeM Juara Berganda MTUN Bagi Kebolehpasaran Graduan (GE) 2023

29 May 2024 • 5:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

UTeM Juara Berganda MTUN Bagi Kebolehpasaran Graduan (GE) 2023

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus meraih kejayaan gemilang dengan menjadi juara berganda dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) setelah mencapai kadar Kebolehpasaran Graduan (GE) 2023 sebanyak 97.7% dan 76.7% graduan yang bekerja.

Keputusan ini berdasarkan analisis dan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin menyatakan bahawa ini adalah pencapaian terbaik UTeM dalam konteks kebolehpasaran graduan kami.

image is not available
Naib Canselor UTeM, Professor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin.

Ujarnya, UTeM memperoleh peratusan GE tertinggi dalam kalangan MTUN dengan mencatatkan peratusan GE sebanyak 97.7% iaitu meningkat sebanyak 1.3% berbanding graduan tahun 2022 iaitu 96.4%.

“Pada masa yang sama UTeM turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila mencapai peratusan graduan bekerja yang tertinggi dalam kalangan MTUN iaitu sebanyak 76.7%.

“Kejayaan berganda ini tentunya telah melonjakkan kedudukan UTeM selaku juara berganda dalam konteks kebolehpasaran graduan dan peratusan graduan yang bekerja pada tahun bergraduat,” ujarnya lagi.

Dr Massila berkata, catatan kejayaan berganda ini jelas membuktikan strategi dan formula UTeM dalam segenap perspektif menzahirkan hasil yang amat memberangsangkan.

“Ia termasuk dalam aspek penawaran program pengajian dan penjanaan graduan UTeM ternyata memenuhi acuan dan keperluan industri serta pasaran kerja industri global.

“Pada masa yang sama peranan UTeM selaku peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termaju negara jelas memacu pada landasan yang tepat selari dengan hasrat nasional di samping merentas sempadan antarabangsa,” katanya lagi.

image is not available
Gambar hiasan, sebahagian daripada graduan UTeM.

image is not available
Gambar hiasan, sebahagian daripada graduan UTeM.

Beliau turut menyatakan, kejayaan ini turut memenuhi kriteria pengisian agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Pendidikan Berkualiti (SDG 4) dan Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi (SDG 8) daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarkan keputusan GE keseluruhan 20 buah universiti awam pula UTeM naik dari tangga ke 7 (2022) kepada tangga ke 5 (2023) selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pada masa yang sama UTeM turut tergolong dalam 4 universiti awam yang mencapai kadar responden 100% selain Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sehubungan dengan itu, Dr Massila menyeru pelajar-pelajar di luar sana untuk memohon dan menyambung pengajian teknikal dan TVET di UTeM seterusnya menjadi graduan pilihan majikan.