UTM padam logo kontroversi yang dihasilkan PTPTN

31 Dec 2022 • 1:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menafikan bahawa logo ‘FLICK’ direka oleh mereka sendiri. Menurut UTM, Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya itu dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi nasional (PTPTN), degnan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UTM.

image is not available

Seksyen Hal Ehwal Korporat UTM menjelaskan bahawa rekaan logo yang tular itu adalah logo rasmi program oleh PTPTN dan ia adalah program dua hari di bawah tanggunjawab sosial korporat (CSR) PTPTN dalam menyokong kepada kebolehpasaran graduan. Post di Facebook UTM yang menunjukkan logo ‘FLICK’ juga telah dipadamkan.

image is not available
FLICK di Universiti Malaysia Kelantan

Prgram FLICK diperkenal pada Jun 2022, meliputi 14 institusi pengajian tinggi di Malaysia. UTM adalah universiti terakhir di dalam program ini. Dari post gambar media sosial yang dikongsi Facebook PTPTN sebelum ini, tiada logo yang serupa kelihatan di acara tesebut. Tetapi logo itu dilihat muncul di acara UNIMAS pada Oktober 2022.

image is not available
FLICK di UNIMAS

Dalam laporan rakan kami SoyaCincau sebelum ini, FLICK adalah singkatan kepada “Financial Literacy and Career Development" (Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya) tetapi tidak diketahui dari mana pula datangnya huruf ‘K’.

View Original Article