Tun M hanya berseloroh, mungkin disalah erti: Mukhriz

2 Sep 2019 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ALOR SETAR - Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tiada jawatan kosong dalam Kabinet untuk diisi oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa ini hanya berseloroh dan mungkin disalah erti oleh sesetengah pihak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Perdana Menteri hanya menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan pada waktu tersebut dan ia tidak memberikan apa-apa petanda ataupun sebarang isyarat.

Menurutnya, beliau melihat tidak mustahil perkara tersebut telah disalah tafsir kerana pada waktu yang sama terdapat ura-ura rombakan Kabinet mungkin dilaksanakan.

"Saya berada bersama Perdana Menteri ketika sidang akhbar itu dan beliau hanya menjawab apa yang ditanya oleh wartawan dan saya melihat kenyataan itu lebih kepada berseloroh.

"Tun membuat kenyataan apabila ditanya tentang ura-ura rombakan Kabinet dan peluang kepada Datuk Seri Anwar menyertai Kabinet.

“Jawapan Tun adalah setakat ini tiada rombakan besar dan mungkin ada sedikit pertukaran portfolio serta tiada kekosongan kerana tiada siapa nak letak jawatan. Tun jawab secara seloroh,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dashboard Executive Information System (EIS) Kutipan Hasil Tanah Terkini di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri, di sini hari ini.

Ditanya sama ada akan ada mana-mana menteri akan memberi laluan kepada Anwar sekiranya ada rombakan kabinet selepas beliau, Mukhriz hanya menjawab tidak pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada jawatan kosong untuk Anwar'


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved