Uyaina Arshad dan suami timang anak kedua. ‘Bonda sedang berehat selepas bertarung nyawa…’

Entertainment
18 May 2024 • 11:57 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SUAMI kepada pengacara terkenal, Uyaina Arshad berkongsi berita gembira apabila isterinya itu selamat bersalin bayi kedua mereka.

image is not available

Berita tersebut dimuat naik menerusi hantaran di laman Instagram masing-masing,

Raja Syahiran Raja Azhanrianshah yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon turut memberitahu isterinya itu kini sedang berehat selepas melahirkan.

Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi.

“Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta. Semoga @rajaurhan menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda.

image is not availableBeliau turut memohon orang ramai menitipkan doa buat mereka sekeluarga. Dalam masa yang sama, Syahiran turut meletakkan tanda tanya berkenaan nama buat bayi keduanya itu.

“Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu.

image is not available

Raja U?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut termasuklah rakan artis dan juga warga maya

‘Alhamdulillahhh congratsssss Uyaina, Syahiran , Urhan.’

‘Alhamdulillah tahniah yana. Selamat berpantang❤❤.’

‘Ubaidullah…. Tahniah. Semoga Allah limpahkan kesihatan yang baikkk pada ibu dan baby.’

Malah, ada antara pengikut selebriti berkenaan berkongsi beberapa nama buat pasangan tersebut.

‘Raja Uzair? Raja Umar? Raja Uwais? Raja Uzmi? Raja Urmy? Raja Uzaif/Uzain? Raja Uzman? Raja Uzzal?’

‘Raja Uthman? Raja Umar?’

‘Raja Ulfa .. hehe btw tahniah .’

‘Alhamdulillah…X sabar nak tahu Raja U apa

image is not availableUntuk rekod, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

View Original Article