Uyaina Arshad mohon doa bersalin anak ketiga – “Adakah akan terus hidup, atau nyawa berganti”

LocalFamily & Parenting
29 Jan 2026 • 3:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad, berkongsi detik penuh emosi menjelang kelahiran anak ketiganya apabila memaklumkan bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-section) buat kali ketiga.

Mohon doa bersalin anak ketiga

image is not available

Menerusi satu hantaran di Instagram, Uyaina secara jujur meluahkan perasaan takut dan gementar yang sukar digambarkan dengan kata-kata, namun tetap memilih untuk berserah sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi.

“Perasaan? Takut. Takut yang tak boleh nak describe. Serah diri untuk berserah pasrah. Adakah akan terus hidup, atau nyawa berganti,” tulis Uyaina, hari ini.

Menurut Uyaina, pembedahan kali ini bukan sekadar melibatkan risiko fizikal, malah memberi makna besar dari sudut rohani apabila menyifatkan pengalaman dibedah berulang kali di tempat yang sama sebagai satu proses pembelajaran tentang erti tawakal yang sebenar.

image is not available

“Tiga kali dibedah di tempat yang sama, tiga kali tujuh lapisan kulit dipotong dan tiga kali juga aku belajar tentang erti tawakkal yang sebenar,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia turut berharap agar Allah SWT mengurniakan kekuatan kepadanya, menghapuskan rasa takut yang membelenggu serta menggantikan kegusaran itu dengan perkara yang menggembirakan.

Menutup luahan tersebut, beliau turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi yang bakal dilahirkan, agar proses kelahiran berjalan dengan lancar dan selamat.

Untuk rekod, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendirikan rumah tangga dengan suami, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Raja Urhan, 3 dan Raja Urayyan yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram uyainaarshad