Uzma jalin kerjasama dengan Pertamina teroka potensi perkhidmatan penggerudian minyak dan gas

LocalBusiness & Finance
12 Jan 2024 • 3:12 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Uzma jalin kerjasama dengan Pertamina teroka potensi perkhidmatan penggerudian minyak dan gas

azan

12/01/2024 - 15:12

KUALA LUMPUR 12 Jan - Uzma Berhad menerusi Uzma Engineering Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT. Pertamina Drilling Services Indonesia (PDSI) iaitu anak syarikat PT. Pertamina bagi meneroka potensi kerjasama dalam perkhidmatan penggerudian minyak dan gas.

Kumpulan itu berkata, kerjasama itu merangkumi perkhidmatan lain tetapi tidak terhad kepada pelantar luar pesisir, perkhidmatan sistem pemantauan gas, perkhidmatan tiub penyimpanan dan perkhidmatan huluan lain di beberapa negara termasuk Malaysia, Filipina dan Thailand.

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju mengenal pasti peluang pasaran dalam bidang penyediaan perkhidmatan serta membincangkan pilihan untuk bersama-sama membangun serta melaksanakan peluang pada masa hadapan.

"Potensi skop kerja Uzma dan PDSI akan diumumkan menerusi satu perjanjian khusus. Tempoh kerjasama itu adalah selama setahun bermula 5 Januari 2024 hingga 4 Januari 2025," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Uzma berkata, faktor risiko yang terlibat dalam MoU itu adalah minimum dan sekiranya mereka memeterai perjanjian khususdengan PDSI, lembaga pengarah dan pengurusan akan mempertimbangkan segala perkara berkaitan.

"MoU itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material serta-merta ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, penggearan, modal saham dan struktur pegangan saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved