V. Sivakumar Ucap Terima Kasih, Mohon Maaf Jika Ada Kesilapan Sepanjang Di KSM

Politics
12 Dec 2023 • 4:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar ucap terima kasih ke atas anggota Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana banyak membantunya dalam kementerian tersebut sepanjang tempoh berkhidmat selama setahun.

Nama digugurkan dalam kabinet baharu diumumkan

Hal tersebut disuarakan V. Sivakumar menerusi media sosialnya selepas nama beliau tiada dalam senarai kabinet baharu yang telah dirombak sewaktu diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

V. Sivakumar ucap terima kasih buat semua pihak

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi di bawah kementerian tersebut kerana terbuka bekerjasama demi untuk kecemerlangan Sumber Manusia di Malaysia sebelum ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepadanya untuk berada dalam kementerian berkenaan sekali gus mendoakan supaya Kerajaan Madani kekal mentadbir urus negara dengan baik demi kemakmuran rakyat Malaysia.

image is not available

V. Sivakumar mohon maaf jika ada kesilapan

Dalam pada itu, V. Sivakumar sempat memohon kemaafan kepada semua pihak yang pernah berurusan dengannya di dalam KSM andai mempunyai sebarang kesalahan sepanjang menjadi Menteri.

Di akhir perkongsian ahli parlimen Batu Gajah berkenaan mengucapkan tahniah kepada Menteri Sumber Manusia yang baharu sahaja diumumkan iaitu YBM Steven Che Keong kerana bakal menerajui KSM selepas ini untuk tempoh empat tahun lagi.

Sumber: Instagram V. Sivakumarmedia