PUTRAJAYA - Sebanyak 200,000 permohonan e-Tunai Rakyat diterima kerajaan menerusi tiga pengendali e-dompet setakat tengah hari ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, 100,060 permohonan sudah diluluskan.
"Angka ini setakat tengah hari ini," katanya.
Menurutnya, angka tersebut sekali gus menafikan laporan akhbar tempatan berbahasa Cina bahawa program tersebut tidak mendapat sambutan.
"Ia tidak benar. Kita akan keluarkan angka bagi tempoh 24 jam esok," katanya.
E-Tunai Rakyat merupakan program pemberian RM30 kepada 15 juta individu berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.
ARTIKEL BERKAITAN: E-Tunai RM30 diagihkan mulai esok
PH hulur bantuan kepada negeri pembangkang: Guan Eng
AKAN MENYUSUL

