Umat Islam di Perak disaran solat sunat gerhana Khamis ini

24 Dec 2019 • 8:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Seluruh umat Islam di negeri Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena Gerhana Matahari Separa yang dijangka berlaku di Perak, Khamis ini.

Jabatan Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, Gerhana Matahari Separa itu dijangka berlaku mulai pukul 11.18 pagi sehingga 3.09 petang, dengan waktu kemuncaknya pada jam 1.11 tengah hari, ketika 85 peratus matahari ditutupi oleh bulan.

"Bagi masjid atau surau yang ingin melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah, maka dicadangkan agar ia dapat dilaksanakan selepas solat Zuhur secara berjemaah.

"Bagi yang ingin melaksanakannya secara individu, mereka boleh melaksanakannya sepanjang masa berlaku gerhana matahari," menurut kenyataan itu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved