Peniaga digesa hentikan pasar pagi

19 Mar 2020 • 10:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

AMPANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Bryan Lai Wai Chong menggesa peniaga di DUN Teratai tidak menjalankan perniagaan di pasar pagi dan gerai makan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 hingga 31 Mac ini.

Bryan Lai berkata, beliau telah menerima maklumat daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berhubung tindakan polis terhadap peniaga premis termasuk di pasar pagi yang tidak mengikut arahan.

“Buat masa ini polis akan memberi nasihat kepada pemilik premis. Mereka akan menjalankan penguatkuasaan yang tegas terhadap pemilik yang masih berdegil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Bryan turut memuat naik gambar di Facebooknya masih ada peniaga yang menjalankan aktiviti itu di kawasan berkenaan.

Beliau menyeru kepada semua rakyat termasuk pemilik premis agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tindakan dilakukan untuk kesejahteraan dan keselamatan semua rakyat Malaysia,” katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved