Realme X50 Pro 5G Dilancarkan – Dijana Snapdragon 865, Pengecas 65W, Empat Kamera Belakang

TechnologyDigital
24 Feb 2020 • 6:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme hari ini telah melancarkan telefon pintar mercu terbaru mereka untuk tahun 2020, iaitu Realme X50 Pro 5G. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi tinggi, selain menyertakan sokongan empat-kamera pada bahagian belakang.

Realme X50 Pro 5G dilengkapi skrin 6.44-inci Super AMOLED, menawarkan nisbah 20:9, dan dilengkapi rekaan skrin berlubang untuk memuatkan kamera swafoto. Pengimbas cap jari atas skrin turut disertakan padanya, selain menawarkan kadar segar semula 90Hz.

image is not available

image is not available

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

image is not available

Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP (ultra-lebar), selain empat kamera belakang gabungan 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra lebar) + lensa rakaman hitam-putih. Realme menyertakan beberapa mod khusus, termasuk untuk rakaman waktu malam, selain output dalam bentuk format RAW.

Buat masa ini, Realme baru mengumumkan ia untuk pasaran India, dan turut menjanjikan ia bakal hadir untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini. Di India, ia ditawarkan pada harga bermula Rp.37999 iaitu sekitar RM2234 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.