Covid-19: Angka kematian meningkat kepada 1,489 orang

14 Feb 2020 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BEIJING - Angka kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) terus meningkat kepada seramai 1,489 orang di seluruh dunia.

Pihak berkuasa kesihatan Hubei melaporkan banyak kes kematian dicatatkan di wilayah berkenaan semalam.

Setakat pagi ini angka kematian di tanah besar China adalah 1,486, manakala tiga lagi kes masing-masing dicatatkan di Hong Kong, Filipina dan Jepun.

China mencatatkan 64,658 kes jangkitan, diikuti Jepun 251 kes dan Singapura 58 kes.

Jumlah negara yang terlibat akibat penularan wabak ini adalah 28 negara manakala jumlah kes Covid-19 direkodkan di seluruh dunia adalah 65,246 dengan majoriti kes di tanah besar China. - CNN


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved