PERSONALITI sukan ekstrem, Mat Redho dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2018 dalam Majlis Anugerah Perdana Belia Negara yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada Rabu.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mat Redho atau nama sebenarnya, Mohd Redha Rozlan, 31, turut berkongsi rasa terharunya dengan pengiktirafan yang cukup istimewa buatnya itu.
“Diamanahkan kepada saya untuk digunakan bagi berbakti kepada megara. Terima kasih semua kerana memilih saya. Alhamdulillah. “Kali pertama berjabat tangan dengan Tun M & YB Syed Saddiq,” tulisnya pada sebuah hantaran yang dilakukan di Instagram miliknya semalam.
Mat Redho juga turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada isterinya, Nureain Kamdan dan keluarga yang banyak memberi galakan kepadanya selama ini.
“Terima kasih pada bidadariku @nureain.k yang sentiasa cucuk angin aku untuk semua jenis pertandingan.
Dan doa dari family terutama bonda ku @hatiahishak.. #iLoveMyFamily.
“Terima kasih kepada semua netizen/rakyat Malaysia yang sentiasa doakan aku, yang bantu tag YB @syedsaddiq tentang keadaan aku dalam Malaysia ni.
Aku sangat kerdil untuk mendapat anugerah ni.
“Thanks to all Media yang cover pasal cerita tentang diri ini. #mogaKetemuLagi semoga kalian diberkati oleh-Nya,” luahnya.
Selain plak anugerah, Mat Redho juga membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.


