Kemaskini Spotify Terbaru Memudahkan Pengguna Mengakses Kandungan Muzik & Podcast

13 Jun 2019 • 7:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify sedia menawarkan beberapa podcast di dalam perkhidmatan mereka, namun kandungannya kelihatan bercampur apabila ia dimasukkan ke dalam library pengguna. Untuk memudahkan pengguna mengakses kandungan muzik dan podcast, Spotify telah mengasingkan kedua-dua jenis kandungan ini pada versi mudah-alih.

Apabila pengguna mengakses library pada kemaskini Spotify terbaru ini, ia akan memaparkan tab “Music” dan “Podcast” pada bahagian atas halaman ini. Apabila pengguna menekan tab “Podcast”, ia akan memaparkan episod podcast yang dilanggan, selain membolehkan pengguna mengakses podcast yang sudah dimuat-turun.

image is not available

Fungsi ini sebenarnya diimplementasikan dengan baik pada versi desktop, dan nampaknya kini versi mudah-alihnya turut menerima manfaat daripada pengasingan kandungan ini. Kandungan podcast tidak lagi bercampur dengan senarai lagu pengguna, sekaligus memudahkan pengguna mengakses jenis kandungan yang diinginkan dengan mudah.

Pengasingan muzik dan podcast ini telah mula ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna iOS dan Android bermula hari ini. Fungsi ini walau bagaimanapun tidak ditawarkan pada pelan percuma dan hanya dihadkan untuk pelanggan Spofity Premium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved