Hajat ziarah abang ipar tak kesampaian

27 Apr 2020 • 8:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SIBU - Seorang warga emas yang telah memperoleh kebenaran bergerak dari sini ke Sarikei semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk melawat abang iparnya yang sakit tenat tidak dapat menunaikan hasratnya apabila maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Paradom hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, Yii Kheng Ang, 65, tersepit di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kembaranya yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori kargo pada kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu lori yang membawa muatan tong gas itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sibu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi petang ini.

Menurutnya, Kheng Ang telah ke Balai Polis Lanang pada sebelah pagi tadi bagi mengisi borang kebenaran pergerakan merentas daerah untuk melawat abang iparnya yang berusia 85 tahun dan sedang sakit tenat di Sarikei.

Lokasi kemalangan itu juga berlaku hanya kira-kira 1 kilometer dari sebuah sekatan jalan raya yang didirikan bagi menguatkuasakan PKP itu. - Bernama




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved