Vaksin Pfizer, Moderna untuk kanak-kanak bawah 5 tahun diluluskan – USFDA

Health & Fitness
18 Jun 2022 • 10:53 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

WASHINGTON : Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan Moderna untuk kumpulan usia kanak-kanak dari enam bulan hingga lima tahun sebagai pengunaan kecemasan telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA).

Agensi itu membenarkan vaksin Pfizer diberikan kepada mereka berusia antara enam bulan dan empat bulan sebanyak tiga dos suntikan, manakala vaksin Moderna sebanyak dua dos bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun.

image is not available

image is not available

Ketua FDA, Robert Califf berkata keputusan itu diambil agar ‘vaksin untuk kanak-kanak akan memberikan perlindungan daripada kesan teruk Covid-19 seperti perlu masuk ke hospital atau kematian’.

Pada awal Julai ini, Prifer memaklumkan pihaknya merancang untuk membuat permohonan kepada pengawal selia lain di seluruh dunia, termasuk Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Sebelum vaksin tersebut digunakan di AS, Pusat Kawalan dan Pencegaham Penyakit (CDC) perlu menyarankan pengambilan tersebut.

Namun, sebaik saja keputusan FDA diumumkan, pemerintah memberitahu sejumlah 10 juta dos boleh segera dihantar ke seluruh negara diikuti oleh jutaan lagi dalam tempoh beberapa minggu berikutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved