Vaksin selesema serendah RM30 untuk warga emas DUN Subang Jaya

LocalHealth & Fitness
2 Jun 2026 • 4:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Vaksin selesema serendah RM30 untuk warga emas DUN Subang Jaya

SHAH ALAM, 2 JUN: Warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya berpeluang mendapatkan vaksin selesema pada kadar serendah RM30 menerusi program khas yang akan diadakan di Balai Masyarakat USJ2 pada 13 Jun ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata keutamaan akan diberikan kepada pengundi berusia 60 tahun ke atas serta individu yang mempunyai penyakit komorbiditi.

Menurutnya, program berkenaan akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

"Lindungi diri anda dan orang tersayang. Vaksinasi selesema kini ditawarkan pada kadar RM30 bagi setiap suntikan untuk penduduk DUN Subang Jaya," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Image from: Vaksin selesema serendah RM30 untuk warga emas DUN Subang Jaya
Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata, program itu dianjurkan dengan kerjasama SUKA, Poliklinik Medi Ihsan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 dan SU-SU-BE.

"Tempat adalah terhad dan diberikan mengikut prinsip siapa cepat dia dapat. Daftar awal untuk mendapatkan tempat anda," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi pautan yang disediakan di Facebook rasmi Michelle Ng Mei Sze atau dengan mengimbas kod Respons Pantas (QR) pada poster program.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved