Vakum 900gram mudahkan kerja rumah

LocalHome & Living
10 Aug 2026 • 12:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Vakum 900gram mudahkan kerja rumah

Produk kelengkapan rumah jenama Malaysia, PerySmith memperkenalkan AirStick Pro, vakum tiub ultra-langsing dengan berat hanya 900 gram dan kuasa sedutan sehingga 100AW.

Dilancarkan menerusi pameran “Engineered by Air”, AirStick Pro tampil dengan reka bentuk ultrakompak dan ergonomik seperti pensel, memudahkan kerja pembersihan harian.

AirStick Pro dilengkapi Nano Brushless Motor dengan kuasa sedutan sehingga 100AW, manakala reka bentuknya yang langsing memudahkan pembersihan di bawah sofa, katil dan perabot.

AirStick Pro turut dilengkapi sistem antikusut bagi mengelakkan rambut dan benang tersangkut pada berus lantai. Aksesori mop pula membolehkan kerja menyedut dan mengemop dilakukan serentak, manakala bekas habuk boleh dikosongkan dengan hanya satu klik.

Selain AirStick Pro, PerySmith turut memperkenalkan EvoBot A11 Robot Vacuum dengan sistem pembersihan tiga dalam satu yang merangkumi menyapu, menyedut dan mengemop.

EvoBot A11 menawarkan kuasa sedutan sehingga 10,000Pa, dilengkapi AI TrueSight dan Gyro Quick Mapping untuk navigasi lebih cekap. Ia turut mempunyai bateri sehingga 160 minit, pengecasan automatik serta boleh dikawal melalui aplikasi PerySmith.

Bagi mereka yang lebih banyak menghabiskan masa di dapur, PerySmith memperkenalkan Ai23 Smart Steam Oven 3-dalam-1. Peralatan ini menggabungkan fungsi membakar, air-fry dan stim, selain dilengkapi teknologi 3D Airflow bagi memastikan haba diagihkan dengan lebih sekata.

Urusan menggosok pakaian juga tidak dilupakan menerusi SteamPro G7 All-in-One. Ia menggabungkan seterika dan papan seterika dalam satu penyelesaian yang lebih mudah disimpan.

PerySmith turut memperkenalkan Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier yang boleh dikawal melalui aplikasi PerySmith. Ia mampu meliputi ruang sehingga 1,600 kaki persegi dan dilengkapi tiga penapis H13 untuk menapis habuk halus, asap, bau, virus serta bakteria.

Kesemua produk ini boleh didapati di kedai PerySmith, peruncit seluruh Malaysia serta Shopee dan TikTok Shop.

The post Vakum 900gram mudahkan kerja rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved