Vale salur RM5.6 juta jayakan inisiatif bangunkan Manjung sebagai bandar lestari, sokong program komuniti

13 Nov 2023 • 1:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Vale salur RM5.6 juta jayakan inisiatif bangunkan Manjung sebagai bandar lestari, sokong program komuniti

zakisalleh

13/11/2023 - 13:45

MANJUNG 13 Nov - Vale, salah sebuah syarikat perlombongan terkemuka terus memainkan inisiatif untuk bersama-sama membangunkan Manjung sebagai bandar lestari dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta.

Ia bagi melaksanakan pelbagai program bersama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk tempoh tiga tahun.

Kerjasama itu sebagai usaha mencetuskan nilai lestari dalam kalangan warga Manjung.

Antaranya bagi projek Kebun Komuniti Bandar di tujuh Kawasan Rukun Tetangga dengan peruntukan kira-kira RM600,000.

image is not available
Leonardo bersama Syamsul Hazeman semasa menandatangani MoU bagi kerjasama membangunkan Manjung sebagai bandar lestari.

Peruntukan lain untuk menaik taraf kemudahan awam dan landskap menerusi projek seni jalanan, mural dan sebagainya yang menyumbang kepada tarikan pelancongan.

Kawasan yang bakal terlibat seperti Pantai Teluk Batik dan pekan Beruas.

Kerjasama ini akan membantu MPM dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan pengindahan bandar yang lebih baik selain menggerakkan lebih banyak program komuniti.

Usaha ini akan memanfaatkan masyarakat setempat dan juga membantu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke daerah Manjung pada Tahun Melawat Perak 2024 nanti.

image is not available

Terdahulu, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama ini dimeterai antara Ketua Pegawai Eksekutif Vale, Leonardo Paiva dengan Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md. Salleh.

Hadir sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Sandrea Ng. - DagangNews.com