Valencia Berdepan Banjir Buruk, Banyak Kereta Bertindih & Tersadai Tengah Jalan

WorldEnvironment
30 Oct 2024 • 10:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Valencia Berdepan Banjir Buruk, Banyak Kereta Bertindih & Tersadai Tengah Jalan

Sepanyol – Banjir yang melanda Valencia akibat hujan lebat dan ribut semenjak awal minggu ini telah meragut 62 nyawa, lapor AFP.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengarahkan rakyatnya bersiap-siaga apabila keadaan ini berlarutan. Beliau juga berjanji akan memberi perhatian sepenuhnya kepada mangsa banjir.

Difahamkan bencana tersebut jarang berlaku di negara Eropah itu. Selain Valencia, banjir juga turut melanda selatan Andalusia.

Menurut pengumuman yang dimuat naik di laman X, sehingga kini, mayat mangsa banjir masih dicari dan dikenal pasti pihak bantuan kecemasan Valencia. Jumlah mangsa dijangka terus meningkat berikutan masih ada kawasan yang tidak melaporkan bilangan mangsa.

image is not available
Kredit: AFP

image is not available
Kredit: AFP

Ketua Bomba Valencia, Jose Miguel Basset berkata, beberapa ratus orang masih terperangkap di dua jalan raya Valencia.

Sementara itu, gambar dan video keadaan terkini di lokasi-lokasi yang dilanda banjir kini tular di media sosial. Banyak kenderaan mengalami kerosakan dan bertindih antara satu sama lain selain ada yang tersadai di atas pembahagi jalan akibat dihanyutkan air banjir.

image is not available
Kredit: AFP

image is not available
Kredit: AFP

https://x.com/Rainmaker1973/status/1851585661913985110

Menerusi video kejadian yang dikongsikan laman World Crisis Tracker dan beberapa akaun di laman X, banjir yang melanda amat deras dan tinggi. Malah, ia kelihatan seperti berlaku dengan begitu pantas.

https://x.com/WorldCrisi19621/status/1851537529842843927/video/2

https://x.com/WorldCrisi19621/status/1851537529842843927/video/4

https://x.com/nanana365media/status/1851592718520090876/video/2

https://x.com/Weathermonitors/status/1851611853962768479/video/1

Penyelaras Tindakan Kecemasan Eropah, Janez Lenarčič turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa akibat banjir yang berlaku.

“Atas permintaan Sepanyol untuk pemetaan kecemasan, kami telah mengaktifkan perkhidmatan (pengurusan kecemasan) Copernicus EMS.

“Kami bersedia membantu lebih lanjut,” katanya.

Menurut wakil kerajaan pusat di Valencia, Pilar Bernabe, unit tindak balas kecemasan tentera telah dikerahkan ke beberapa kawasan bagi membantu kerja-kerja menyelamat.

Sebagai maklumat, kejadian ini merupakan banjir paling teruk yang berlaku di Eropah semenjak banjir teruk di Jerman dan Belgium pada 2021, lapor DW News.

Dalam pada itu, Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) mengeluarkan amaran hujan lebat dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.

https://x.com/AEMET_Esp/status/1851559121855578181