Valentine’s Day Bukan Budaya Umat Islam - JAKIM

14 Feb 2023 • 9:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Islam tidak menghalang kasih sayang selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bersempena Valentine’s Day atau ‘Hari Kekasih’ yang disambut hari ini, individu Muslim diingatkan supaya tidak meraikannya kerana ia bukan budaya Islam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi kenyataan berkata, malah sambutan itu tidak pernah dianjurkan agama berkenaan.

“Sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun, tidak pernah dianjurkan Islam dan ia bukan budaya umat Islam,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook.

image is not available

Katanya, Islam tidak menghalang umatnya berkasih-sayang, namun ia tidak boleh bercanggah dengan hukum syarak, seperti turut disabda Nabi Muhammad.

“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ‘Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk sebahagian daripada mereka’.

“Islam tidak menghalang kasih sayang, selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak,” katanya.

Sebelum ini, penceramah, Ustaz Azhar Idrus menerusi kenyataannya pada satu program menegaskan bahawa keraian itu adalah sempena hari memperingati upacara agama membabitkan seorang paderi Kristian.

Justeru, katanya, haram untuk umat Islam menyambutnya walaupun Ia sekadar ‘suka-suka’. – Getaran, 14 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved