Valve Sedang Membangunkan Konsol Baharu Menggunakan Nama Kod Freemont

TechnologyGamingDigital
11 Dec 2024 • 4:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Reddit beberapa hari yang lalu menemukan bukti Valve sedang membangunkan sebuah perkakasan baharu menggunakan nama kod Freemont. Ia dilengkapi cip AMD Lilac yang menurut markah penanda aras Geekbench adalah lebih berkuasa berbanding cip Steam Deck sedia ada.

image is not available

Prestasi AMD Lilac ialah 2550 dalam ujian satu teras dan 9743 dalam ujian multi teras. Sebagai perbandingan cip Steam Deck mencatatkan markah sekitar 1400 dalam ujian satu teras dan sekitar 4000 dalam ujian multi teras. Muncul spekulasi Freemont mungkin Steam Deck generasi kedua tetapi dengan kemampuan boleh diletakkan pada sebuah dermaga untuk disambungkan kepada sebuah TV.

Beberapa ura-ura sebelum ini mengatakan Valvle mungkin ingin menghasilkan konsol Steam Machine generasi baharu selepas melihat kejayaan Steam Deck. Menghasilkan sebuah konsol hibrid mudah alih yang juga boleh digunakan pada TV akan membolehkan Valve mendominasi pasaran permainan PC dalam rekaan seakan Nintendo Switch. Masih belum diketahui bilakah Freemont akan dilancarkan dan sama ada ia akan ditawarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia kelak.