Van dinaiki 9 warga Singapura terbabas dalam cerun sedalam 20 kaki, pemandu dilapor maut

24 Sep 2023 • 11:22 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sebuah van yang membawa sembilan pelancong dari Singapura telah terbabas dan terjatuh ke dalam cerun bukit dengan kedalaman hampir 20 kaki di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang, sebentar tadi.

Media tempatan melaporkan seorang maut dipercayai pemandu van berkenaan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba Balik Pulau, Mohd Suffian Kamarul Baharin berkata, kerja-kerja menyelamat kini sedang dijalankan selepas pihaknya menerima laporan pada 8.14 malam tadi.

"Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kemalangan mendapati sebuah van yang membawa pelancong dari Singapura telah terbabas lalu jatuh ke dalam cerun bukit dengan kedalaman hampir 20 kaki.

"Terdapat sembilan mangsa di dalam van berkenaan dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan,'' katanya dalam satu kenyataan.

Suffian berkata, operasi menyelamat itu turut dibantu oleh beberapa balai lain. - 24 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved