Van Pengecas EV Mudah Alih P.Up Kini Di P.Pinang – Servis Cuci Turut Ditawarkan

LocalTechnology
22 Sep 2024 • 9:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat penyedia servis pengecasan kenderaan elektrik (EV) mudah alih Singapura, Power Up Tech (P.Up), yang telah menjalinkan kerjasama dengan Nazamax dari Malaysia kini memulakan operasinya secara rasmi di negara ini.

Buat masa ini, perkhidmatan P. Up hanya ditawarkan di Pulau Pinang melalui dua van yang dilengkapi dengan pengecas pantas DC 50 kWj.

Caj Langganan

image is not available

P.Up memperkenalkan pakej langganan bermula daripada RM172 sebulan untuk dua sesi pengecasan serta servis cucian dan gilapan tayar bagi EV dengan bateri 45 kWj atau lebih kecil. Pakej paling mahal pula berharga RM1,037 sebulan, merangkumi lapan sesi pengecasan dan empat kali cucian untuk EV dengan bateri 101-110 kWj. Setiap sesi pengecasan terhad sehingga kapasiti bateri (SoC) mencapai 80% untuk penjimatan masa.

image is not available

Caj Servis Ad-Hoc

image is not availableimage is not available

Bagi pengguna ad-hoc, caj yang dikenakan untuk pengecasan adalah RM1.70/kWj, dengan bayaran servis dan parkir sebanyak RM40. Servis cucian pula ditawarkan pada harga RM20, gilapan tayar RM10 dan vakum RM15.

Tempahan Van Pengecas EV P.Up

image is not available

Seperti yang dinyatakan, perkhidmatan van pengecas EV P.Up buat masa ini hanya ditawarkan di Pulau Pinang. Untuk tempahan, boleh hubungi pihak P.Up melalui WhatsApp atau hotline P.UP di 013-2139380.