
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tidak dinafikan, Malaysia sememangnya mengalu-alukan kedatangan para pelancong dari luar negara untuk bercuti di negara ini.
Hal ini kerana kedatangan mereka dapat membantu negara agar lebih dikenali di serata dunia selain dapat meningkatkan ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan.
Pun begitu, ada sesetengah pelancong yang dilihat membuat perkara sesuka hatinya sehingga mendatangkan ketidaksenangan penduduk tempatan.
Tular minah saleh bergayut pada tiang papan tanda jalan di KL
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pelancong wanita dari negara Barat bergayut pada tiang papan tanda jalan di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok pelancong itu, dia melakukan perkara itu demi mengikuti trend di media sosial.
Trend yang kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Barat itu memaparkan mereka bergayut pada tiang sambil memainkan lagi Maui Wowie daripada Kid Cudi.
Tiang nampak condong ketika minah saleh bergayut
Bagaimanapun, tindakan minah saleh terbabit bergayut dipercayai menjadi punca tiang jalan berkenaan menjadi condong namun kembali kepada posisi asal selepas dia melepaskannya.
Tidak hanya itu, tiang terbabit juga dilihat bergoyang seakan ingin jatuh dan tidak lagi kukuh.
@mimamanton Maui waauuuwwiii #fyp #mauiwaui #goingbacktohonolulu ♬ original sound – PAPO
Ramai rakyat Malaysia yang kecam, tapi ada juga yang ‘backup’
Susulan itu, kebanyakan rakyat Malaysia mengecam pelancong wanita itu dengan menyifatkan tindakannya sebagai vandalisme terhadap harta benda awam.
Tidak kurang juga yang mahukan pihak berwajib agar mengambil tindakan tegas agar perkara sebegini tidak berulang lagi.
Pun begitu, ada juga netizen yang dilihat menyebelahi minah saleh terbabit dengan mendakwa tindakan itu bukanlah satu isu yang perlu dipandang serius selain tiang terbabit juga kelihatan masih berdiri teguh.
Malah, pelancong tersebut juga dilihat tidak ‘mengambil pusing’ dengan teguran orang ramai yang merasakan tindakannya boleh menyebabkan papan tanda terbabit menjadi rosak.
Dia turut berkongsi rakaman papan tanda berkenaan yang masih dilihat berdiri teguh selain memuat naik konten dia melakukan trend terbabit di negaranya sendiri.
“Buat trend ini di negara saya sendiri memandangkan semua orang sangat marah kepada saya melakukan ini di Malaysia,” tulisnya.
@mimamanton Replying to @zur still standing strong 💪 #fyp #mauiwaui #novandalismhere ♬ original sound – PAPO
@mimamanton struggled to find a similar sign over here so wasn’t as fun 🥹#fyp ♬ original sound – PAPO
Berikut komen-komen yang diberikan netizen:





