Vanzo Holdings meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities dalam langkah menuju IPO di Pasaran ACE
08/11/2024 - 16:38
KUALA LUMPUR 8 Nov – Vanzo Holdings Berhad, sebuah syarikat pewangi udara tempatan yang terkemuka di Malaysia, menandatangani perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.


