Vape bakal diharamkan sepenuhnya, KKM sahkan pelaksanaan dibuat berfasa

LocalHealth & Fitness
10 Sep 2025 • 8:37 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kerajaan kini menuju ke arah pengharaman penuh penjualan vape di Malaysia. Namun, pelaksanaannya tidak dilakukan secara mengejut. Sebaliknya, ia dirancang berperingkat bermula dengan sistem terbuka sebelum diperluaskan sehingga meliputi semua jenis produk.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, matlamat utama langkah ini adalah melindungi kesihatan rakyat daripada risiko penyakit yang dikaitkan dengan rokok elektronik.

Beliau berkata, kementerian sudah menjalankan libat urus dengan pelbagai pihak kerajaan termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam, KPDN, PDRM serta agensi pelaburan.

Hasil cadangan yang dikumpulkan akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan sebagai dasar sebelum pengharaman penuh dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun, beliau tidak menetapkan tarikh tertentu bila ia akan dilaksanakan sepenuhnya.

Baca juga:

Negeri dahulukan langkah tegas

Enam negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang telah terlebih dahulu membuat keputusan menutup ruang penjualan vape dengan tidak memperbaharui lesen premis melalui PBT masing-masing.

KKM melihat tindakan itu sebagai satu pendekatan proaktif yang selari dengan aspirasi kesihatan awam negara.

“Langkah negeri ini wajar dijadikan contoh kerana ia mempercepatkan usaha mengawal produk berisiko tinggi,” kata Dr Dzulkefly dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Sumber: Harian Metro