VAR Jadi Punca, Slot Akui 'Geram' Kalah Di Old Trafford

Football
4 May 2026 • 9:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

VAR Jadi Punca, Slot Akui 'Geram' Kalah Di Old Trafford

VAR Jadi Punca, Slot Akui 'Geram' Kalah Di Old Trafford

Jurulatih Liverpool, Arne Slot menganggap kekalahan 3-2 pasukannya terhadap Manchester United di Old Trafford semalam kerana keputusan VAR yang tidak menyebelahi mereka, lapor ESPN.

Tambah pengurus dari Belanda itu, kekalahan The Red juga dicemari dengan gol kontroversi Benjamin Sesko yang dibenarkan VAR meskipun dilihat terkena tangan pemain berkenaan.

"Kalau betul ada sentuhan (oleh Sesko) yang saya rasa memang ada kerana dalam sukan bola, jika arah bola berubah, pasti ada sentuhan. Maka kita patut berdebat sama ada itu cukup untuk membatalkan gol," ucapnya kepada wartawan.

Image from: VAR Jadi Punca, Slot Akui 'Geram' Kalah Di Old Trafford

Menurut Slot, ini bukan kali pertama pasukannya berasa 'dianiayai' VAR .

"Saya rasa tiada siapa terkejut musim ini jika ada campur tangan VAR, ia akan menentang kami. Ia berlaku sepanjang musim.

"Saya ingat lagi menentang PSG di tempat sendiri, kami dapat penalti kerana sentuhan ringan ke atas Mac Allister, VAR campur tangan dan penalti dibatalkan.

"Kali ini, pengadil menghentikan permainan apabila pemain United tercedera di luar padang, tetapi minggu lepas permainan diteruskan walaupun penjaga gol kami terbaring memerlukan rawatan.

"Tapi gol Sesko itu bukanlah bolos semata-mata kerana handball, tapi kami kalah kerana kehilangan bola di posisi yang bodoh, jadi kami perlu muhasabah diri sendiri dahulu.

"Ini adalah pola yang lengkap sepanjang musim, tetapi wujud juga pola di mana kami melepaskan gol-gol yang mengarut," katanya lagi.

Slot Geram Kalah Dengan United

Image from: VAR Jadi Punca, Slot Akui 'Geram' Kalah Di Old Trafford

Dia turut mengakui 'geram' kerana Liverpool gagal mencuri mata di Old Trafford selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

"Saya tidak mahu kata saya bimbang, tetapi saya sedar sepenuhnya kami perlukan tiga mata.

"Sebab itulah saya sangat geram kami tidak mendapatnya hari ini. Kami sudah bangkit 2-2 selepas ketinggalan 2-0 dan sekurang-kurangnya perlu tamatkan perlawanan dengan keputusan seri," katanya.

Liverpool kini mesti mengutip tiga mata daripada baki perlawanan menentang Chelsea, Aston Villa, dan Brentford untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) manakala United telah mengesahkan slot berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved