Varane tak kesal pilih United

Football
22 Jul 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TONGGAK pertahanan Manchester United, Raphael Varane mengakui dia langsung tidak menyesal meninggalkan Real Madrid meskipun bergelut untuk menampilkan aksi terbaik pada musim pertamanya di Old Trafford.

Bek tengah Perancis itu berkata, dia yakin dengan kehadiran pengurus baharu United, Erik ten Hag mampu untuk membantu dirinya memulihkan prestasi sekaligus dapat membantu mengembalikan kegemilangan United.

“Dalam bola sepak, anda perlu mencabar diri sendiri dan cuba memperbaiki diri. Saya mahu menjalani satu lagi pengalaman selepas 10 tahun di tempat yang sama.

“Liga Perdana merupakan liga yang benar-benar hebat dan Manchester United adalah kelab yang hebat. Jadi tidak ada keraguan tentang keputusan saya.

“Malah dengan kehadiran pengurus baharu ini, ia melihatkan pasukan dengan satu perkara positif. Dia mahukan kami untuk menekan tenaga dengan lebih tinggi ketika berada di atas padang.

“Mungkin ada sesetengah pihak lihat ia memenatkan, tetapi kami di sini sangat suka dengan pendekatan itu. Jadi ia adalah permulaan yang baik untuk pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Varane menyertai United pada Ogos 2021 selepas memenangi pelbagai trofi bersama Real Madrid.

Bagaimanapun, kehadiran Varane gagal memberikan impak kepada barisan pertahan Red Devils apabila mencatat rekod pertahanan terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas pasukan itu melepaskan 57 gol dalam 38 perlawanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved