Varian Asas Mitsubishi Xpander 2025 Kini Dilengkapi Ciri Premium – Terhad 200 Unit, Dari RM104K

LocalCars
10 Jan 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini telah melancarkan peningkatan kecil pada varian asas Xpander. Hanya 200 unit disediakan, Xpander edisi terhad ini ditawarkan di pasaran pada harga RM104,980, iaitu RM5,000 lebih tinggi berbanding harga asal, RM99,980.

Aksesori Baharu Didatangkan Sebagai Ciri Standard

image is not availableimage is not availableimage is not available

Model asas Xpander kini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan iaitu pemantau keliling (ARM) yang memberikan pandangan menyeluruh kepada pemandu, serta perakam video pemanduan (DVR) di bahagian hadapan dan belakang.

image is not available

Ruang kabin juga kini menyerlahkan aura lebih mewah dengan tempat duduk yang diberikan balutan kulit sintetik.

Tiada Perubahan Pada Enjin & Prestasi

image is not availableimage is not available

Walaupun menerima beberapa ciri baharu, aspek mekanikal Xpander kekal sama. Ia masih menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder MIVEC dengan kuasa 104 hp (105 ps) dan tork 141 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik konvensional 4 kelajuan.

Ruang Kabin Kekal Praktikal

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Dari sudut kelengkapan dan teknologi, masih kekal sama dengan ciri seperti skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, brek parkir elektronik (EPB) dan panel kawalan A/C digital.

Ciri Keselamatan Standard Dikekalkan

Ciri keselamatan standard seperti dua beg udara, kawalan kestabilan (VSC), kawalan cengkaman (TCS) dan sistem brek anti-kunci (ABS) masih menjadi sebahagian daripada pakej keselamatan MPV ini.

Harga Jualan & Jaminan

image is not available

Mitsubishi Xpander edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM104,980 termasuk jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di Mitsubishi Online Showroom atau dengan mengunjungi mana-mana pusat pengedaran sah Mitsubishi Motors di seluruh negara.

View Original Article