Rumah dinaiki air, 33 penduduk dipindahkan

27 Apr 2020 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SELAMA - Seramai 33 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Sungai Kuning, Rantau Panjang di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, penduduk daripada 10 keluarga itu dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter.

"Bomba menerima panggilan berhubung banjir kilat pada jam 8.12 malam dan mangsa terdiri daripada 18 lelaki dan 15 wanita termasuk kanak-kanak.

image is not available

"Pasukan kemudiannya diarahkan untuk memindahkan kesemua mangsa ke PPS Surau Sungai Kuning," katanya.

Menurutnya, PPS tersebut diarahkan dibuka oleh Penolong Pegawai Daerah pada jam 9 malam bagi menempatkan kesemua mangsa sehingga air surut.

Pada masa sama, pasukan bomba akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal.

image is not available