Velesto umum pertukaran lembaga pengarah susulan perubahan wakil dari PNB

LocalBusiness & Finance
10 Apr 2026 • 9:52 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Velesto umum pertukaran lembaga pengarah susulan perubahan wakil dari PNB image is not available liza10/04/2026 - 09:52 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 April – Velesto Energy Bhd membuat beberapa perubahan dalam barisan lembaga pengarah syarikat berikutan penstrukturan wakil pencalonan oleh pemegang saham utama.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

 

Menurut syarikat, peletakan jawatan tersebut adalah susulan perubahan wakil oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam lembaga pengarah Velesto.

 

Sehubungan itu, Nadzrin Alia Md Aziz yang sebelum ini memegang jawatan sebagai pengarah gantian kepada Fadzihan sejak September 2023 telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang baharu.

 

Nadzrin Alia, 36, kini memegang jawatan sebagai Penolong Naib Presiden Pelaburan Strategik di PNB, sekali gus mewakili kepentingan institusi pelaburan tersebut dalam syarikat berkenaan.

 

Fadzihan pula merupakan Ketua Pegawai Jualan dan Pengedaran kumpulan di PNB, dan sebelum ini mewakili institusi itu dalam lembaga pengarah Velesto.

 

Susulan perubahan tersebut, ahli-ahli jawatankuasa strategik Lembaga Pengarah Velesto kini terdiri daripada Pengerusi, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, Haida Shenny Hazri, Alan Hamzah Sendut dan Ainul Azhar Ainul Jamal.

 

Pada masa yang sama, saham Velesto mencatat peningkatan apabila ditutup pada 35 sen pada Khamis, naik satu sen atau 2.9 peratus, dengan nilai pasaran kumpulan mencecah kira-kira RM2.88 bilion.
 

 

 - DagangNews.com

Terkini standard