Venezuela, Republik Dominican setuju pulih hubungan diplomatik

WorldPolitics
4 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Venezuela, Republik Dominican setuju pulih hubungan diplomatik

CARACAS: Venezuela dan Republik Dominican bersetuju untuk berusaha memulihkan hubu­ngan diplomatik yang terputus sejak dua tahun lalu ekoran krisis melibatkan bekas Presiden, Nicolas Maduro.

Negara Caribbean itu menyertai kecaman antarabangsa terhadap dakwaan pemilihan semula Maduro sebagai presiden adalah tidak sah.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Venezuela, kedua-dua negara kini bersetuju de­ngan satu pelan hala tuju bagi mengadakan rundingan ke arah normalisasi secara berperingkat hubungan diplomatik mereka, menurut kenyataan Kementerian Luar Venezuela.

Ketika Presiden Interim, Delcy Rodriguez berusaha menamatkan pengasingan antarabangsa yang dihadapi negaranya, Caracas dan Santo Domingo pada Februari lalu bersetuju memulihkan semula penerbangan antara Venezuela serta Republik Dominican, selain mengaktifkan kembali perkhidmatan konsular.

“Kini, kedua-dua negara bersetuju untuk berusaha memulihkan sepenuhnya hubungan diplomatik. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepentingan bersama untuk mengukuhkan saluran komunikasi institusi demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” menurut kementerian itu.

Dalam tempoh dua minggu lalu, Venezuela turut bersetuju untuk berusaha memulihkan hubungan dengan Peru dan Chile, yang juga terputus pada 2024 susulan bantahan terhadap keputusan pilihan raya.

Maduro, pemimpin berhaluan kiri yang dikritik sebagai peme­rintah autokratik kerana didakwa memerintah secara keras selain menyebabkan kejatuhan ekonomi Venezuela yang kaya dengan sumber minyak.

Beliau digulingkan dan ditahan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada awal Januari sebelum dibawa ke New York bersama isterinya untuk dibicarakan atas tuduhan pengedaran dadah.

Bekas pemandu bas yang dipilih sendiri oleh bekas Pemimpin, Hugo Chavez sebagai penggantinya itu mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya presiden 2024 dan mendakwa memperoleh mandat bagi penggal ketiga. – AFP

The post Venezuela, Republik Dominican setuju pulih hubungan diplomatik appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved