
LAGU ikonik, Cinta Di Akhir Garisan yang diberi nafas baharu oleh komposernya, Ajai bagi membawa kelainan dan keistimewaan seiring dengan peredaran zaman.
Menerusi versi yang dimuat naik dalam media sosial, Ajai mempersembahkan empat penyanyi hebat iaitu Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera Zaini dan Aisha Retno.
Kata penerbit, lagu tersebut bukan mahu menggantikan penyanyi asalnya iaitu Nora Ariffin, Ziana Zain, Ning Baizura dan Dessy Fitri sebaliknya memberi nafas baharu.
Lebih istimewa, lagu terbitan Usanita Entertainment itu turut mendapat kerjasama daripada Budapest Symphony Orchestra dengan iringan 53 pemuzik.
Sehingga hari ini, lagu nyanyian empat bintang generasi muda itu meraih pujian dan tular dalam platform media sosial.
The post Versi baharu Cinta Di Akhir Garisan ‘meledak’ appeared first on Kosmo Digital.

