“Versi Paling Sopan” – Hampir 2 Juta Tontonan, Klip TokTi Menari Lagu ‘Like Jennie’ Tular

LocalEntertainment
23 May 2025 • 11:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak dinafikan, “Like JENNIE” adalah antara lagu K-Pop paling popular pada tahun ini.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau juga mesra dikenali sebagai TokTi, telah memuat naik video tarian untuk lagu “Like Jennie” di laman TikToknya.

Tulisnya di ruangan kapsyen,

Nak ikut trend anak muda jap

@toktitiktok Nak ikut trend anak muda jap #LikeJennie @JUXT Studio ♬ like JENNIE – JENNIE

Belum sehari selepas dimuat naik, video itu lantas menarik perhatian ramai dengan hampir 2 juta tontonan setakat ini.

Antara komen netizen,

  • Tokti buat terus jadi tarian Melayu.
  • Saya bangga Tokti dengar lagu bias saya!
  • Tarian Like Jennie paling sopan jatuh pada Tokti.

Ayu sungguh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.