Thunderbird merupakan salah satu klien emel yang dulunya diuruskan oleh Mozilla. Namun, ia dihentikan seketika sebelum pembangunan untuknya disambung kembali.
Sejak disambung kembali, beberapa perubahan telah diperkenalkan, termasuk pengenalan aplikasi mudah-alih. Pada November lepas, Thunderbird untuk Android telah ditawarkan kepada semua, sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan progres untuk aplikasi pada iPhone.
Berkongsi berkenaan dengan perkembangan dengannya, pembangun Thunderbird mengatakan versi iPhone dan iPad akan hadir pada tahun ini, dalam bentuk penawaran alfa melalui Test Flight.
Thunderbird untuk iOS akan menawarkan fungsi asas sahaja terlebih dahulu. Ciri-ciri lain dijangka akan dikembangkan secara berperingkat selepas itu. Berkemungkinan kita akan melihat versi stabil sekitar penghujung tahun 2025 atau pada 2026 kelak.
