Vespa Sprint & Primavera 2025 Tampil Lebih Elegan dan Sporty di Art of Speed Malaysia

LocalCars
5 Aug 2025 • 2:44 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia dengan bangganya telah memperkenalkan model baharu The New Vespa Sprint dan Primavera 2025 sempena acara Art of Speed 2025 yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada 26 Julai lalu. Pelancaran ini menandakan arah baharu Vespa yang menggabungkan warisan reka bentuk Itali dengan prestasi moden dan gaya berani.

Vespa terus kekal sebagai ikon mobiliti urban dan gaya hidup Itali yang unggul. Model terbaru ini Primavera dan Sprint 2025 mewakili kesinambungan jenama Vespa dalam memperkasakan generasi baharu penunggang dengan elemen elegan dan dinamik. Vespa ‘badan kecil’ yang terkenal dengan semangat muda kini tampil lebih segar dengan rekaan terkini yang menyerlahkan lagi status globalnya sebagai simbol kecanggihan Itali.

Selain model baharu, Vespa turut memperkenalkan rangkaian aksesori yang diperbaharui, membolehkan penunggang menyesuaikan motosikal mengikut citarasa masing-masing. Vespa bukan sekadar pengangkutan, tetapi rakan perjalanan dalam mengejar impian, kebebasan dan gaya hidup penuh karakter

Pengalaman Vespa Yang Lebih Peribadi

Vespa 2025 dicipta untuk penunggang urban yang mementingkan gaya peribadi, prestasi dan keterikatan emosi dengan tunggangan mereka. Setiap model mencerminkan identiti penunggang yang menghargai kebebasan dan ekspresi.


VESPA PRIMAVERA 2025

image is not available

Simbol klasik yang kekal elegan dan tulen. Ditawarkan dalam warna:

  • Putih Innocente
  • Hitam Convinto
  • Kuning Curioso
  • Merah Coraggioso

Harga jualan: RM19,500


VESPA PRIMAVERA S 2025

image is not available

Versi lebih sofistikated dengan rekaan tone-on-tone eksklusif dan sadel premium monokrom. Warna pilihan:

  • Hijau Amabile
  • Biru Capri
  • Putih Innocente
  • Kelabu Entusiasta

Harga jualan: RM20,900


VESPA SPRINT 2025

image is not available

Model paling sporty dengan sentuhan bergaya dan semangat muda. Warna ditawarkan:

  • Kuning Curioso
  • Putih Innocente
  • Hitam Convinto
  • Hijau Magnetico

Harga jualan: RM20,500


VESPA SPRINT S 2025

image is not available

Menampilkan rekaan penuh tenaga dengan gabungan kemasan matte dan berkilat, grafik baharu dan aksesori kontras. Warna pilihan:

  • Kelabu Intrepido
  • Biru Eclettico
  • Hijau Tenace
  • Putih Innocente
  • Hitam Convinto

Harga jualan: RM21,000


The New Vespa Sprint dan Primavera 2025 akan mula berada di semua pengedar sah Vespa seluruh negara bermula Ogos 2025.