Vestigo, anak syarikat Petronas Carigali sahkan kebakaran di fasiliti luar pesisir Sarawak

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 10:10 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Vestigo, anak syarikat Petronas Carigali sahkan kebakaran di fasiliti luar pesisir Sarawak Image from: Vestigo, anak syarikat Petronas Carigali sahkan kebakaran di fasiliti luar pesisir Sarawak johardy29/06/2026 - 10:10 Gambar ini dipetik daripada video dan telah `dikemaskan' menggunakan AI Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Jun - Vestigo Petroleum Sdn Bhd mengesahkan kejadian kebakaran di fasiliti West Lutong Vent A (WLV-A), luar pesisir Sarawak pada Ahad yang dapat dilihat dari bandar raya Miri dengan jelas.

 

Dalam satu kenyataan media hari ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar insiden tersebut.

 

Menurut anak syarikat Petronas Carigali itu berkata insiden berkenaan berlaku sekitar jam 2 petang dan telah berjaya dikawal.

 

Syarikat itu turut memaklumkan, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan serta telah mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu bagi menguruskan sebarang risiko pendedahan.

 

“Tiada kecederaan atau kakitangan yang terlibat, dan insiden itu tidak menimbulkan ancaman segera kepada komuniti sekitar atau alam sekitar,” menurut kenyataan tersebut.


 

Vestigo

 


Vestigo menegaskan komitmennya untuk terus memastikan keselamatan kakitangan, melindungi alam sekitar serta mengekalkan integriti operasi syarikat.

 

Sebuah video insiden itu tular di media sosial pada Ahad, menunjukkan kepulan asap hitam tebal keluar dari pelantar luar pesisir dan mencetuskan spekulasi berlakunya letupan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved