Veterinar Perak gagalkan cubaan seludup 19 ekor lembu

17 Sep 2026 • 6:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Veterinar Perak gagalkan cubaan seludup 19 ekor lembu

IPOH: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak berjaya mematahkan cubaan memindahkan 19 ekor lembu hidup secara haram di Jalan Sir Chulan di Selama, hari ini.

Timbalan Pengarah JPV Perak, Dr. Rohaiza Yahaya berkata, kesemua ternakan itu dikesan dalam sebuah lori yang ditutup dengan kanvas ketika pasukan penguat kuasa menjalankan rondaan hasil risikan di Lebuhraya Utara-selatan (PLUS) arah utara di daerah berkenaan.

Katanya, pasukan penguat kuasa mengesan lori dalam keadaan mencurigakan itu sebelum mengekori kenderaan berkenaan dari susur keluar Alor Pongsu arah utara.

“Lori berkenaan kemudian ditahan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Sir Chulan, Selama dan pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa 19 ekor lembu.

“Berdasarkan soal siasat, pemandu lelaki warga tempatan berusia 47 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memindahkan ternakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan manakala lori bersama kesemua lembu dirampas untuk tujuan siasatan lanjut.

“Anggaran nilai keseluruhan barang kes haiwan ternakan dan kenderaan yang dirampas adalah RM86,400.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 kerana memindahkan ternakan tanpa kebenaran sah daripada Pengarah JPV Perak,” katanya.-UTUSAN

The post Veterinar Perak gagalkan cubaan seludup 19 ekor lembu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved