VfL Wolfsburg buka pejabat wilayah Asia Tenggara di KL

Football
30 Aug 2023 • 6:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pasukan Bundesliga VfL Wolfsburg membuka pejabat Asia Tenggara mereka di Menara Matrade di sini bagi mempromosikan program teknikal dan perniagaan ke perniagaan (B2b) berkaitan bola sepak di rantau ini.

Ini adalah pejabat luar negara kedua yang ditubuhkan 'The Wolves' selepas Beijing, China pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif VfL Wolfsburg Michael Meeske (gambar) berkata dengan pembukaan pejabat Kuala Lumpur mereka, kelab itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pasukan di Malaysia dalam pembangunan bola sepak.

“Malaysia adalah sebuah negara yang berpengaruh dan mempunyai hubungan kukuh dengan Jerman, yang memudahkan kami sebagai sebuah kelab bola sepak Jerman. Oleh itu, kami memutuskan untuk membuka pejabat di sini, Malaysia kerana ia merupakan titik akses yang baik di rantau ini,“ katanya pemberita selepas merasmikan pelancaran pejabat itu di sini hari ini.

Beliau berkata kelab itu merancang untuk ke Malaysia tahun depan bagi mengeratkan hubungan dengan komuniti bola sepak Malaysia.

“Kami sedang merancang untuk datang bersama pasukan ke Malaysia, mungkin tahun depan dan ia sepatutnya menjadi peluang yang baik untuk bekerjasama dengan kelab bola sepak lain kerana itu misi kami dalam dunia bola sepak,” katanya.

VfL Wolfsburg ialah sebuah kelab profesional yang ditubuhkan pada tahun 1945 di bandar Wolfsburg, Jerman, tempat Volkswagen diasaskan.

Kelab itu mendapat kenaikan ke Bundesliga pada tahun 1997 dan di dalamnya sejak itu. -Bernama