Jualan muzik fizikal semakin menurun kerana kepopularan perkhidmatan penstriman muzik. Ini memaksa syarikat carta untuk mengira jumlah penstriman dan mainan video di atas talian untuk melihat lagu manakah yang mendapat perhatian pengguna. Tetapi satu trend yang menarik ialah jualan piring hitam yang meningkat dan bakal memintas jualan cakera padat. Bagi mereka yang mungkin ini menghasilkan piring hitam sendiri di rumah Phonocut telah dihasilkan.

Pembangun Phonocut akan memulakan kempen mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dalam masa beberapa hari sahaja lagi dengan harga bermula $999 (~RM4100) sebuah. Jadi bagi mereka yang telah lama ingin menghasilkan piring hitam sendiri ini ialah alat untuk anda,
