Vibe Mobile Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Prabayar Serendah RM17/Bulan

LocalTechnology
13 Aug 2026 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vibe Mobile Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Prabayar Serendah RM17/Bulan

Penawaran Vibe Mobile yang mula disebut sejak Mei lalu akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia dijayakan melalui kerjasama strategik dengan U Mobile yang menyediakan rangkaian dan sokongan teknikal untuk memastikan pengalaman pelanggan lebih lancar. Dengan harga kompetiti, Vibe Mobile dijangka menjadi pencabar baharu dalam industri telekomunikasi tempatan.

Image from: Vibe Mobile Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Prabayar Serendah RM17/Bulan

Pada masa ini, Vibe Mobile menawarkan empat pelan utama iaitu Vibe17, Vibe27, Vibe37 dan Vibe47 dengan harga langganan antara RM17 hingga RM47 sebulan. Setiap pelan hadir dengan jumlah data berbeza bermula daripada 20GB sehingga 300GB serta kuota khusus untuk hotspot antara 10GB hingga 100GB. Kesemua pelan ini turut menyediakan panggilan tanpa had manakala pelan premium Vibe47 menawarkan kelebihan tambahan kerana membolehkan data dikongsi bersama peranti lain.

Image from: Vibe Mobile Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Prabayar Serendah RM17/Bulan

Selain pelan utama, Vibe Mobile turut memperkenalkan pilihan tambahan di bawah kategori Vibe On Your Terms. Antara yang ditawarkan ialah pelan harian berharga RM3 dengan 3GB data, pelan mingguan RM10 dengan 15GB data serta panggilan tanpa had dan pelan tahunan RM150 yang menyediakan 10GB data bersama 60 minit panggilan setiap bulan. Pengguna juga boleh menambah RM15 agar dapat menikmati panggilan tanpa had sepanjang tahun.

Image from: Vibe Mobile Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Prabayar Serendah RM17/Bulan

Untuk pengguna baharu, Vibe Mobile menawarkan Starter Pack pada harga RM5. Pakej ini menyediakan 1GB internet berkelajuan tinggi bersama 100 mata ganjaran. Ia turut menawarkan kadar panggilan RM0.30 seminit dan SMS RM0.15 dengan tempoh sah lima hari. Starter Pack sesuai dijadikan percubaan awal sebelum beralih kepada pelan bulanan.

Image from: Vibe Mobile Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Prabayar Serendah RM17/Bulan

Selain itu, Vibe Mobile memperkenalkan Booster Pack untuk menambah data dengan pantas. Pilihan tersedia ialah 10GB pada harga RM10 atau 30GB pada harga RM30. Kedua-duanya sesuai untuk kegunaan harian dan penstriman. Pengguna juga boleh menambah RM15 bagi menikmati panggilan tanpa had sepanjang tahun.

Vibe Mobile turut menyediakan perkhidmatan panggilan IDD dan SMS antarabangsa. Kadar SMS ditetapkan pada RM0.50 ke semua negara manakala kadar panggilan IDD berbeza mengikut destinasi dengan harga bermula RM0.10 sehingga RM15.80.

Buat masa ini, Vibe Mobile hanya menawarkan pelan prabayar, sementara itu pelan pascabayar dilihat masih dalam perancangan dan dilabel sebagai akan datang.

Maklumat Lanjut – VIBE Mobile Prepaid Plans

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved