"Vibe" Raya, Lelaki Kongsi Pengalaman Eksklusif Dalam Gerabak KTM

LocalTravel
20 Mar 2026 • 9:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Vibe" Raya, Lelaki Kongsi Pengalaman Eksklusif Dalam Gerabak KTM

"Vibe" Raya, Lelaki Kongsi Pengalaman Eksklusif Dalam Gerabak KTM

Tanggal 21 Mac 2026, Sabtu (esok), seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sudah tentu ramai yang sudah selamat tiba di kampung dan masih ada yang sedang bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.

Lazimnya, tiap kali musim perayaan, suasana 'balik kampung' memang luar biasa meriahnya di stesen bas kereta api, dan lapangan terbang yang mula sesak dengan orang ramai terutamanya anak perantauan yang tak sabar mahu pulang beraya.

Ada yang sanggup meredah trafik berjam-jam di lebuh raya, manakala yang lain lebih selesa menaiki pengangkutan awam atau kapal terbang untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan selamat.

KTMB Saji "Vibe" Balik Kampung, Penuh Lampu Lip-Lap

Image from: "Vibe" Raya, Lelaki Kongsi Pengalaman Eksklusif Dalam Gerabak KTM

Baru-baru ini tular satu perkongsian seorang pengguna Threads @aizzatnordin yang berkongsi pengalamannya menaiki sebuah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pulang ke kampung di utara tanah air.

"Keretapi Tengah Malam No. 1012. KL Sentral - Sungai Petani (2230PM - 0526AM)," kongsinya

Menariknya, dalam hantaran berkenaan memaparkan suasana raya yang disajikan oleh KTMB kepada pelanggan mereka.

Dalam gerabak itu menunjukkan dekorasi dengan kipas siling dan lampu liplap, memberikan suasana lebaran lebih terasa.

Malah, susunan kerusi juga berbeza dengan tren KTM yang lain.

Ada ruang untuk chill sambil layan movie ramai-ramai

Image from: "Vibe" Raya, Lelaki Kongsi Pengalaman Eksklusif Dalam Gerabak KTM

Sementara itu, ruangan khas untuk 'chill' turut disediakan kepada pelanggan yang menaiki tren berkenaan.

Ia memberikan pilihan untuk duduk pelanggan sama ada duduk atas pelapik lantai atau baring, tak ubah seperti suasana di ruang tamu rumah datuk dan nenek suatu ketika dahulu setiap kali pulang raya.

Baca juga:

Walau bagaimanapun, menurut Aizzat, tren ini mengambil masa yang lebih lama berbanding tren biasa (ETS) namun lebih murah (RM90) dari segi harga.

Tren ini juga merupakan Perkhidmatan Keretapi Persiaran 'To See Malaysia' (RTSM) setiap kali tibanya sambutan musim di negara.

Image from: "Vibe" Raya, Lelaki Kongsi Pengalaman Eksklusif Dalam Gerabak KTM

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya teruja melihat set up yang dilakukan dalam tren berkenaan, yang mengembalikan nostalgia beraya zaman dahulu.

Malah ada yang bertanya dan mahu menaikinya untuk kemudian hari.

"Yang ni memang Excursion train. Biasanya memang akan guna gerabak ni untuk event macam hari raya, chinese new year atau MySawadea," kongsi seorang pengguna.

"Wow ni kereta api apa ? macam mana nak book train yang macamni," komen seorang lagi.

"Tak pernah nampak & tak pernah naik pun. Nampak menarik ahh ala2 old vibes," tulis seorang lagi.

View Original Article