Vibes 2.0 Permudahkan Urusan Veteran ATM

21 Jun 2023 • 8:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Adly Zahari menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0 Go Live di Dewan Perkasa, Wisma Perwira hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dapat meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada veteran tentera dan tanggungan mereka menerusi portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES 2.0).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata melalui sistem pangkalan data baharu tersebut, keupayaan pengurusan, pemantauan, pelaporan maklumat warga veteran dan waris akan lebih berkesan.

Katanya, hebahan maklumat pelbagai kemudahan, permohonan, semakan  status permohonan, semakan faedah persaraan, tarikh jadual pencen, bantuan kebajikan, kemaskini maklumat peribadi dan waris, tuntutan perubatan serta pengurusan persatuan veteran  boleh didapati dalam sistem tersbut.

“Perkhidmatan dalam talian sepenuhnya ini dijangka memberikan manfaat kepada lebih 200,000 warga veteran dan waris mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran awal VIBES 2.0 Go Live dan sesi perjumpaan tahunan persatuan veteran ATM bersama JHEV di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan (MINDEF), di sini, hari ini.

Beliau berkata kementerian sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian kerana isu veteran bukan hanya soal pencen tetapi paling besar sekali adalah kebajikan, kesihatan dan pendidikan anak-anak veteran.

Menurutnya, kementerian perlu melihat program jangka panjang untuk veteran bukan sahaja sedia ada tetapi mereka yang akan menjadi veteran.

“Lebih baik  kita selesaikan secara menyeluruh," katanya. - Bernama

View Original Article